Ayat Ruqyah

Ayat Ruqyah
Jin sememangnya makhluk ciptaan Allah yang sentiasa ada di sekeliling kita.
Tidak perlu kita untuk melihatnya. Tidak perlu juga untuk kita mengada-ngada untuk menjengok ke alam mereka. Mereka ini sememangnya mau menggoda, memperdaya dan memesongkan tujuan sebenar anda berada di atas muka bumi ini.
Anda tentu pernah mendengar berbagai cerita tentang gangguan makhluk halus ini di layar kaca tv bukan? Siap ada film lagi.
Percaya kepada benda-benda ghaib
Salah satu dari rukun iman yang kita pelajari adalah mempercayai benda-benda ghaib. Jin termasuk dalam kategori ini seperti malaikat, syurga, neraka, dosa, pahala, Allah dan sebagainya.
Jin-jin ini ada yang Hindu, Buddha, Kristian, Yahudi dan sudah tentu Muslim. Kehidupan mereka sama seperti manusia; ada rumah, anak-pinak, berkeluarga dan sebagainya.
Jin Muslim akan berkelakuan seperti manusia Muslim. Jin kafir berkelakuan seperti manusia kafir. Hanya alam saja membedakan dua makhluk Allah ini.
Jin tidak akan dapat menembusi dunia 4 dimensi manusia ( 3 dimensi ruang dan 1 ruang masa) sekiranya laluan antara 2 alam ini tidak dibuka. Dunia mereka sangat berbeda dengan dunia manusia. Struktur fisikal dan persepsi mereka melampaui dari apa yang boleh diterjemahkan oleh otak kita.
Sebab itulah jika anda dengan sengaja atau tidak sengaja melihat mahluk ini, anda akan merasa takut dengan wajah mereka yang bodoh dan mengerikan. Muka mereka tidaklah sekocak Aaron Aziz atau secantik Neelofa. Muka mereka sangat hodoh dan menakutkan.
Oleh itu, anda memerlukan perlindungan. Perlindungan dari diganggu oleh makhluk halus ini.
• Adakah anda memerlukan perisai yang diperbuat dari besi dan logam-logam terpilih yang ditempa oleh tukang besi?
• Perlukah anda menempah senjata canggih dari serikat yang berpangkalan dari Amerika Serikat untuk memerangi jin dan syaitan ini?
Jadi, apa sebenarnya perisai yang mampu digunakan? Tidak lain hanyalah dari kalam suci yang telah diturunkan oleh Allah yaitu al-Quran.
Benteng Diri Anda Dengan Ayat-Ayat Pendinding Ini
Terdapat beberapa ayat dan surah yang anda boleh amalkan. Jadikannya sebagai amalan harian dan istiqamah dengan apa yang dibaca :
1. Surah al-Fatihah – Ummul Kitab. Juga dikenali sebagai penawar seribu guna. Anda boleh melazimkan diri untuk membaca al-Fatihah setiap kali selesai solat fardhu. Tetapkan juga niat agar Allah S.W.T membantu anda melindungi diri dari gangguan jin dan syaitan.
2. Al-Mu’awwizat – tiga surah yang sering dipanggil ramai sebagai surah 3 Qul. Ia terdiri daripada Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Nas. Ia adalah amalan Rasulullah sebelum baginda tidur pada setiap malam. Kelebihan surah-surah ini adalah sebagai ayat-ayat pendinding dari gangguan jin dan syaitan sehingga anda bangun dari tidur.
3. Ayat Kursi – amalkan membaca Ayat Kursi dari Surah al-Baqarah ayat 255 ini sebagai pendinding diri dan juga perlindungan kediaman dan harta benda. Lebih afdal jika anda mengamalkannya selepas solat Subuh dan Solat Asar.
4. Surah Yaasin ayat 1 hingga 9 – sering dikaitkan sebagai hati al-Quran malah banyak hadis dari Rasulullah yang membicarakan kelebihan yang ada pada surah Yaasin ini. Ia boleh dibaca sebagai benteng dan pendinding untuk kediaman.
Terdapat banyak lagi ayat-ayat dari al-Quran yang anda boleh amalkan. Anda juga boleh menggunakan minyak wangi seperti Minyak Kasturi Anugerah – Penghindar Sihir kerana jin sememangnya tidak suka bau wangi.
Dalam cara rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.
Maka timbul lah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antaranya ialah pesakit akan rasa:
– pening-pening kepala
– mabuk
– muntah-muntah
– menggeletar
– pengsan
– seram-sejuk
– berdebar-debar
Untuk makluman, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat-ayat Ruqyah.
CARA MENGGUNAKAN MP3 RUQYAH SYAR’IYAH
1) Bagi kesehatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah, toko perniagaan, kantor 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
2) Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.
3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
4) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.
*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR MP3/CD RUQYAH INI,SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*
Urutan Ayat-Ayat Ruqyah No; Nama Surah; Juzuk; Ayat
1 Al-Fatihah 1
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30
19 Al-Falaq 30
20 An-Naas 30
Jin dan syaitan tidak lagi berani mendekati anda. Mereka lari pontang panting sebab anda bukan saja membaca ayat-ayat pendinding ini, malah anda mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Insya-Allah.
Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak nyman pada tempat tinggal anda. Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang memerlukan. InsyaAllah.
Bacaan AL-RUQYAH (bermaksud Pendinding) adalah himpunan beberapa ayah Al-Quran oleh amalan sahabat-sahabat & alim ulamak terdahulu sebagai doa dan amalan, amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami berbagai penyakit terutamanya khusus untuk gangguan jin, karena fadhilat dan khasiatnya amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat & sihir serta memagar diri kita.
perdengarkan bacaaan sehingga tamat dengan pejamkan mata. Perhatikan setelah selesai ..
1) denyutan jantung makin kencang
2) badan begegar
3) ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4) mengantuk/menguap
5) batuk
6) gelisah
7) panas di tengkuk
Jika ada mengalami sebahagian simptom-simptom diatas,kemungkinan besar ada jin yang menghuni tubuh anda. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita,ayat-ayat ruqyah syar’iyah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang…Bagi pesakit-pesakit sihir pula,jin dalam badan mereka akan membuatkan kita mengantuk amat sangat apabila mendengar -BACAAN ALRUQYAH – PENDINDING & PENGUSIR SIHIR SERTA JIN ini.Dan kita akan terasa panas ditengkuk….
-BACAAN ALRUQYAH – PENDINDING & PENGUSIR SIHIR SERTA JIN ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin,kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat/sihir serta memagar diri kita.Selain itu pesakit juga bisa baca banyak-banyak dalam hati ‘THO HA’ (surah taha ayat 1) .Kesannya semasa membaca zikir itu adalah perut akan terasa mual dan seterusnya sendawa…Baca zikir ini sebanyak mungkin sehingga kita terasa muntah, itu suatu petanda dimana jin-jin beransur-ansur keluar dari badan kita…InsyaAllah..
Dengan mendengar -BACAAN ALRUQYAH – PENDINDING & PENGUSIR SIHIR SERTA JIN ini, insyaAllah mampu menyembuh segala penyakit misteri antaranya:-
-Pikiran punsing/jiwa gelisah
-Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka
-Mengusir jin didalam badan,rumah dan toko perniagaan
-Ketengangan dalam rumahtangga
-Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
-Penambat kasih sayang antara anak dan ibu bapa
-Anak-anak mudah mendengar kata orang tua
-Menguatkan hafalan dan pembelajaran
-Membuatkan kita lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
-Membersihkan aura diri dan menghilangkan energi-energi negatif dari badan
*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR -BACAAN ALRUQYAH – PENDINDING & PENGUSIR SIHIR SERTA JIN INI, SILAHKAN PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*
TERBUKTI KEBERKESANANNYA
Ramai pengguna -BACAAN ALRUQYAH – PENDINDING & PENGUSIR SIHIR SERTA JIN ini telah memberi tindak balas dan menjalani proses rawatan dengan kaedah perobatan Islam.
-Individu yang menghadapi gangguan jin telah sembuh
-Ramai individu bermasalah telah pulih dan dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik.
-Anak-anak yang bermasalah dari segi pelajaran telah pulih semangat dan dapat belajar dengan cemerlang.
-Para suami (ketua keluarga) yang sakit telah pulih dan dapat bekerja semula dan menggembirakan para isteri.
-Para isteri yang bermasalah telah ceria dan dapat menguruskan rumah tangga dengan baik.
-Hubungan adik-beradik semakin erat dan kasih sayang berterusan menyenangkan hati kedua ibu bapa.
-Golongan wanita dan lelaki yang mengalami halangan berkawin telah bertemu titik kedamaian dan menjalani kehidupan rumah tangga dengan penuh bahagia.
-Pasangan suami isteri yang sering bertengkar, kembali aman. Suami isteri saling menghormati antara satu sama lain. Rumah tangga kembali ceria dan bahagia.